Hadis Sahih Bukhari No. 1555 Jilid 3 Topik adalah Janji 1555, Dari Ubadah bin Shamit r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah bersabda) sedang beliau dikelilingi oleh sekumpulan sahabat-sahabat beliau. Sabda beliau: "Marilah kamu mengadakan perjanjian dengan saya, bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun. Kamu tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan kebohongan (kepalsuan) yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu (melakukan kejahatan), dan tidak akan mendurhakai saya dalam amal kebaikan. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka upahnya dari Tuhan. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antaranya, lalu ia diseksa di dunia ini, itu menjadi kifarat (menghapuskan dosanya). Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antara yang demikian dan Tuhan menutupinya (tidak diketahui orang), urusannya terserah kepada Tuhan. Jika Tuhan menghendaki diseksaNya, dan jika Tuhan menghendaki dimaafkanNya" Kata Ubadab: "Lalu kami mengadakan perjanjian dengan beliau berkenaan dengan yang demikian itu". |