Hadis Sahih Muslim No. 1554 Jilid 3 Topik adalah Riba 1554. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. melarang jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kecuali bila sama berat dan sama-sama tunai. Maka siapa yang melebih-lebihkan, bererti dia melakukan pekerjaan riba." Mendengar hadis itu, maka orang-orang yang telah terlanjur melakukannya, segera mengembalikan apa yang telah mereka ambil. Khabar mengenai peristiwa itu sampai kepada Mu'awiyah. Lalu dia berkhutbah. Katanya, "Bagaimana fikiran orang-orang yang mengaku-aku menyampaikan hadis dari Rasulullah saw., padahal kami menyaksikan dan selalu mendampingi beliau, tetapi tidak pernah mendengar hadis itu dari beliau. Serta-merta 'Ubadah bin Shamit berdiri, lalu diulangnya menceritakan kisah hadis itu. Kemudian dia berkata, "Kami akan sentiasa menyampaikan hadis-hadis yang kami dengar dari Rasulullah saW., sekalipun Mu'awiyah membencinya. Aku tidak peduli, walaupun aku akan dipecatnya dari ketenteraan pada waktu malam yang gelap gelita." |