Hadis Sahih Bukhari No. 1553 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1553, Dari Abu Hurairah r.a., bahawa dia ketika sama dengan Nabi, pernah membawa tempat air untuk berwuduk dan keperluan lain. Pada suatu ketika, Abu Hurairah mengikut beliau. Beliau bertanya: "Siapakah ini?" Jawabnya: "Saya Abu Hurairah". Beliau bersabda: "Carikan saya beberapa buah batu untuk bersuci! Jangan dibawa kepada saya tulang dan tahi binatang!" Lalu saya bawa batu itu dengan pinggir baju saya, lalu saya letakkan di dekat beliau. Kemudian saya pergi. Setelah beliau selesai bersuci, saya datang kepada beliau, sambil bertanya: "Ada apa dengan tulang dan tahi binatang?" Jawab beliau: "Keduanya termasuk makanan jin. Sesungguhnya telah datang kepada saya utusan jin dari negeri Nasibin dan itulah jin yang amat baik. Lalu mereka meminta perbekalan pada saya. Saya berdoa kepada Allah untuk mereka, di mana mereka menemui tulang dan tahi binatang, di situ mereka mendapat makanan". |