Hadis Sahih Muslim No. 1550 Jilid 3 Topik adalah Tani 1550. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda di tahun penaklukan (Makkah), dan ketika itu dia berada di Mekah, sabdanya: "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi, dan berhala." Lalu ditanya orang beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai?. Kerana lemak bangkai itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit. dan untuk menyalakan lampu." Maka bersabda beliau, "Tidak boleh! Itu haram!" Kemudian bersabda pula beliau, "Kerana lemak itulah Allah Ta'ala mengutuk orang-orang Yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka jual, dan hasil penjualannya itu mereka makan." |