Hadis Sahih Bukhari No. 1550 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1550, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka keluar ke lapangan. Setelah mereka melihat beliau, mereka berkata: "Muhammad dan tentera!" Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa: "Allahu Akbar! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan (tetapi tidak menurut)". |