Hadis Sahih Muslim No. 1548 Jilid 3 Topik adalah Tani 1548. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Seorang lelaki menghadiahkan sekantong khamar kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau kepadanya, "Belum tahukah anda bahawa Allah Ta'ala telah mengharamkannya?" Jawab orang itu, "Belum, ya Rasulullah!" Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang (di dekatnya). Maka bertanyalah Rasulullah saw., "Apa yang anda bisikkan kepadanya?" Jawab lelaki itu, "Aku menyuruhnya menjual khamar itu." Bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya yang diharamkan Allah ialah meminum dan menjualnya." Kata Abu Sa'id selanjutnya, "Lalu lelaki itu membuka kantong khamar tersebut, dan menumpahkan isinya semua." |