Hadis Sahih Muslim No. 1547 Jilid 3 Topik adalah Tani 1547. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. berkhutbah di Madinah, sabdanya: "Hai, manusia! "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menghalang-halangi minum (belum ada larangan yang tegas). Tetapi Allah tentu akan menurunkan perintah yang tegas mengenai hal itu. Oleh kerana itu, siapa mempunyai khamar (walaupun sedikit), hendaklah dijualnya segera atau dimanfaatkannya." Kata Abu Sa'id selanjutnya, "Memang, tidak berapa lama kemudian Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mengharamkan khamar. Kerana itu, siapa yang mendengar ayat ini, sedangkan dia mempunyai persediaan khamar, tidak boleh lagi diminum atau dijualnya." Maka pergilah orang ramai ke jalanan membawa persediaan khamar yang ada pada mereka, lalu mereka tumpahkan di sana." |