Hadis Sahih Bukhari No. 1546 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1546, Dari Abdullah bin Umar r.a.: Ada orang Yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka ceritakan kepada beliau, bahawa seorang laki-laki dan seorang perempuan di antara mereka berzina. Rasulullah menanyakan kepada mereka: "Apakah yang kamu dapati dalam Taurat mengenai hukuman rejam?" Mereka menjawab: "Mereka kami hinakan dan kami dera". Abdullah bin Salam berkata: "Kamu bohong! Sesungguhnya dalam Taurat ada hukum rejam!" Lalu mereka membawa Kitab Taurat dan membukanya. Seorang di antara mereka meletakkan tangannya atas ayat rejam (menutupinya). Maka dibacanya yang sebelum dan sesudahnya (yang tidak tertutup). Kata Abdullah bin Salam: "Angkatlah tangan engkau!" Lalu diangkatnya tangannya. Kebetulan di situ ada ayat rejam (dilempari dengan batu sampai mati). Mereka berkata: "Benar, wahai Muhammad. Di dalamnya ada ayat rejam". Maka diperintahkan oleh Rasulullah supaya direjam, lalu keduanya direjam. Kata Abdullah: "Saya lihat lelaki itu tersungkur di atas perempuan yang ditutupi oleh batu. |