Hadis Sahih Bukhari No. 1545 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1545, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah ke luar waktu sakit yang membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yang berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji Tuhan. Kemudian beliau bersabda: "Adapun kemudian, sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Tuhan), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yang mengurus sesuatu yang merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain hendaklah ia menerima kebaikan orang yang berbuat baik dan memaafkan orang yang melakukan kesalahan". Itulah majlis terakhir yang dihadiri Nabi s.a.w. |