Hadis Sahih Bukhari No. 1544 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1544, Dari Aisyah r.a., katanya: Fatimah datang berjalan kaki, seolah-olah perjalanannya sama dengan perjalanan Nabi s.a.w. Beliau bersabda: "Selamat datang, wahai anakku!" Kemudian beliau suruh duduk di kanan atau di kiri beliau. Lalu beliau bisikkan suatu berita kepadanya. Lantas Fatimah menangis. Saya bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?" Kemudian beliau membisikkan lagi suatu berita kepadanya. Lalu Fatimah tertawa. Saya berkata: Belum pernah saya melihat seperti kejadian di hari ini, suka yang mendampingi duka. Saya bertanya kepadanya mengenai apa yang dibisikkan Rasulullah kepadanya. Jawab Fatimah: "Saya tiada akan membukakan rahsia (bisik) Rasulullah s.a.w." Setelah Nabi s.a.w. wafat, saya ulang menanyakan. Jawabnya: Beliau membisikkan kepada saya: Bahawa malaikat Jibril datang mengajarkan Quran selengkapnya pada saya sekali setahun. Dan dia datang kepada saya tahun ini dua kali. Saya mengira ajal saya telah dekat. Engkau di antara keluarga saya yang pertama mengikuti saya. Lantas saya (Fatimah) menangis. Beliau bersabda: "Apakah engkau tidak suka jadi ketua wanita-wanita yang mendiami syurga atau ketua wanita mukmin?" Lalu saya (Fatimah) tertawa kerananya. |