Hadis Sahih Bukhari No. 1542 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1542, Dari Khabbab bin Arat r.a., katanya: Kami menyampaikan permohonan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau ketika itu bersandar pada pakaian bulu, di bawah lindungan Kaabah. Kami berkata: "Mintakanlah kiranya pertolongan untuk kami!" Beliau bersabda: "Orang sebelum kamu pernah dibuatkan lubang untuk mereka di tanah, lalu ia dimasukkan ke dalamnya. Kemudian diambil gergaji dan digergaji kepalanya sampai belah dua. Yang demikian itu tiada menghalanginya dari agamanya. Dan ada pula yang disikat dengan sikat besi sampai ke daging, tulang dan uratnya. Yang demikian itu tiadalah menghalanginya dari agamanya. Demi Allah! Sesungguhnya akan disempurnakan Tuhan urusan agama ini, sehingga orang yang berkenderaan, berjalan dari Sanaa ke Hadramaut, tidak ada yang ditakutinya selain Allah (aman dalam perjalanan), dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu amat tergesa-gesa (ingin cepat)". |