Hadis Sahih Bukhari No. 1540 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1540, Dari Huzaifah bin Yaman r.a., katanya: Orang banyak menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal kebaikan, sedang saya menanyakan kepada beliau tentang bahaya (keburukan), supaya jangan menimpa saya. Lalu saya bertanya: "Wahai Rasulullah! Kami berada dalam keburukan di masa jahiliah, kemudian Tuhan mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya!" Tanya saya: "Apakah sesudah keburukan itu ada lagi kebaikan?" Jawab beliau: "Ya! Dan di situ ada bencana". Tanya saya: "Bencana apa?" Jawab beliau: "Suatu kaum memberi petunjuk berlainan dari petunjuk ku. Engkau ketahui dari mereka, tetapi hendaklah engkau engkari!" Tanya saya: "Apakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya! Ada juru penerangan yang membawa ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mahu mengikut mereka, dilemparkannya ke dalam neraka". Kata saya: "Wahai Rasulullah! Terangkanlah sifat orang-orang itu kepada kamu. Beliau bersabda: "Kulit mereka sama dengan kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita". Tanya saya: "Apakah perintah tuan kepada saya jika saya mendapati hal yang demikian itu?" Jawab beliau: "Bersatulah dengan jemaah Muslimin dan Imam mereka!" Kata saya, "Jika tidak ada jemaah Muslimin dan Imam mereka, bagaimana?" Sabda beliau: "Menghindarlah dari semua golongan-golongan, biarpun engkau sampai menggigit (makan) urat kayu dan mati dalam keadaan serupa itu". |