Hadis Sahih Bukhari No. 1538 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1538, Dari Abdullah r.a., katanya: Kami mengira ayat-ayat (mukjizat) itu memberi keberkatan dan kamu mengiranya memberi ketakutan. Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan dan air hanya tinggal sedikit. Beliau bersabda: "Mintalah kelebihan air!" Mereka datang membawa bejana yang berisi sedikit air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu beliau bersabda: "Marilah datang air suci yang berkat! Dan keberkatan itu dari Tuhan!" Sesungguhnya saya lihat air keluar dari antara anak jari Rasulullah s.a.w. Kata Abdullah: Dan pernah juga mendengar tasbih makanan yang dimakan beliau. |