Hadis Sahih Bukhari No. 1528 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1528, Dari Jabir r.a., katanya: Kami turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Muhajirin berkumpul dengan beliau sampai banyak. Di antara orang Muhajirin itu ada seorang laki-laki yang gemar bermain-main. Lalu dipukulnya seorang Ansar, lantas orang Ansar itu sangat marah, sehingga berkumpullah mereka. Kata kaum Ansar: "Hai, kiranya kemenangan untuk Ansar!" Kata kaum Muhajirin: "Hai, kiranya kemenangan untuk Muhajirin!" Maka keluarlah Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Mengapa kamu mengikuti seruan jahiliah?" Kemudian beliau bertanya: "Bagaimana kejadiannya?" Lalu dikhabarkan bahawa seorang Muhajirin memukul seorang Ansar Kata Jabir: Nabi s.a.w. bersabda: "Biarlah! Sesungguhnya yang demikian itu keji". |