Hadis Sahih Muslim No. 1526 Jilid 3 Topik adalah Tani 1526. Dari Hudzaifah r.a., katanya : "Dihadapkan kepada Allah swt. seorang di antara hamba-hamba-Nya yang diberiNya harta kekayaan. Lalu Allah bertanya kepadanya, "Apa kerjamu di dunia?" Jawab orang itu, "Tuhan memberi hamba harta kekayaan. Kerana itu hamba berdagang dengan orang ramai. Sifat hamba ialah suka melapangi. Kerana itu hamba beri kemudahan orang yang mampu, dan hamba beri tangguh orang yang dalam kesulitan." Maka berfirman Allah swt., "Aku lebih berhak daripadamu tentang hal itu. (Hai, para malaikat!). Beri kelapangan hambaku itu!" |