Hadis Sahih Muslim No. 1524 Jilid 3 Topik adalah Tani 1524. Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Beberapa orang malaikat bertemu dengan roh seseorang yang sebelum kamu, lalu mereka bertanya, "Kebajikan apa sajakah yang pernah anda lakukan?" Jawab orang (roh) itu, "Tidak ada!" Kata para malaikat, "Cubalah anda ingat-ingat!" Jawab orang itu, "Memang, aku pernah memberi piutang kepada orang ramai,lalu ku perintahkan kepada pegawai-pegawaiku supaya memberi tangguh kepada orang-orang yang kesukaran, serta memberi kelonggaran bagi orang-orang yang berkecukupan." Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada para malaikat, "Beri kelapangan pula dia!" |