Hadis Sahih Muslim No. 1521 Jilid 3 Topik adalah Tani 1521. Dari Abdullah bin Ka'ab bin Malik, dari bapanya, katanya pada masa Rasulullah saw. dia menagih piutangnya kepada Ibnu Abu Hadrad di dalam masjid. Keduanya sama-sama bersuara keras, sehingga kedengaran oleh Rasulullah saw., yang ketika itu sedang berada di rumah beliau. Lalu beliau keluar hendak mendapatkan keduanya. Ketika tirai kamar beliau terbuka, beliau panggil Ka'ab bin Malik. Sabdanya, "Hai, Ka'ab!" Sahut Ka'ab, "Hamba, ya Rasulullah!" Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya kepada Ka'ab supaya dia mengurangi piutangnya seperdua. Jawab Ka'ab, "Aku laksanakan, ya Rasulullah!" Kemudian beliau bersabda kepada Hadrad, "Berdirilah! Bayar hutangmu kepadanya." |