Hadis Sahih Muslim No. 1520 Jilid 3 Topik adalah Tani 1520. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., ada seorang lelaki mendapat musibah, kerana buah-buahan yang dibelinya rosak binasa, sehingga dia ditimpa banyak hutang." Maka bersabda Rasulullah saw., "Bersedekahlah anda semua kepadanya!" Maka bersedekahlah orang ramai kepadanya, tetapi masih belum cukup untuk melunasi hutangnya. Kerana itu Rasulullah bersabda kepada orang yang menerima piutang- (kreditor), "Ambillah seberapa yang dapat kamu terima. Tidak ada lagi yang dapat kamu terima kecuali hanya itu." |