Hadis Sahih Bukhari No. 1514 Jilid 3 Topik adalah Penyakit 1514, Dari Usamah bin Zaid r.a. ada orang yang bertanya kepadanya: "Apakah yang telah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. tentang penyakit kolera?" Usamah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Kolera itu seksa yang diturunkan Tuhan kepada satu golongan Bani Israel atau kepada orang yang sebelum kamu. Apabila kamu dengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke situ. Dan kalau berjangkit di suatu negeri di mana kamu berada, janganlah kamu ke luar dari sana, untuk lari dari bahayanya". |