Hadis Sahih Muslim No. 1511 Jilid 3 Topik adalah Tani 1511. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah memberi (upah) kepada penduduk Khaibar dengan sebahagian dari buah-buahan atau tanam-tanaman yang dihasilkan mereka. Kemudian beliau bahagi-bahagikan setiap tahun untuk para isteri beliau sebanyak seratus wasq (gantang), berupa lapan puluh wasq kurma dan dua puluh wasq gandum. Ketika 'Umar bin Khathtbab berkuasa (pemerintah), dibahagi-bahaginya tanah Khaibar itu. 'Umar memberikan pilihan kepada para isteri Nabi saw., apakah mereka menghendaki pembahagian tanah dan air, atau akan tetap menerima makanan beberapa wasq seperti biasa setiap tahun. Di antara mereka ada yang memilih pembahagian tanah dan air dan yang lain memilih peruntukan makanan seperti biasa setiap tahun. Dalam hal ini, 'Aisyah dan Hafshah memilih pembahagian tanah dan air." |