Hadis Sahih Muslim No. 1509 Jilid 3 Topik adalah JualBeli 1509. Dari Thawus r.a., katanya dia adalah seorang petani yang mengusahakan tanahnya dan memungut sebahagian dari hasil tanaman yang ditanamnya. Lalu kata 'Amar kepadanya, "Hai, Abu Abdurrahman! Hentikanlah usahamu melakukan mukhabarah itu, kerana sesungguhnya mereka (para sahabat) memberitakan bahawa Nabi saw. melarang pekerjaan mukhabarah itu. Jawab Thawus, "Hai, 'Amar! Telah memberitakan kepada ku orang yang lebih tahu daripada mereka perihal itu - yakni Ibnu 'Abbas - bahawa Nabi saw. tidak melarangnya. Hanyalah beliau bersabda, "Jika salah seorang kamu meminjamkan kepada saudaranya, itu lebih baik daripada memungut ganjaran tertentu." |