Hadis Sahih Muslim No. 1507 Jilid 3 Topik adalah JualBeli 1507. Dari 'Abdullah bin Saib r.a., katanya: "Kami pernah datang kepada 'Abdullah Ibnu Ma'qil, lalu kami bertanya kepadanya tentang hukum muzara'ah (iaitu menyerahkan sebidang tanah kepada seseorang untuk ditanami dengan upah sebahagian dari hasil tanamannya). Jawab 'Abdullah Ibnu Ma'qil, "Tsabit mengatakan bahawa Rasulullah saw. melarang melakukan muzara'ah dan memerintahkan dengan cara muajarah (mengupah)." Kata Ma'qil selanjutnya, "Mengupah tidak apa-apa." |