Hadis Sahih Muslim No. 1501 Jilid 3 Topik adalah JualBeli 1501. Dari Yazid bin Nu'aim r.a., katanya Jabir bin 'Abdullah r.a. mengatakan kepadanya bahawa Jabir mendengar Rasulullah saw. melarang berjual-beli secara muzabanah dan huqul. Kata Jabir menjelaskan, "Muzabanah ialah menjual kurma basah dengan kurma kering. Sedangkan huqul ialah menyewakan tanah (dengan memungut hasil-hasil tanaman yang ditanam si penyewa)." |