Hadis Sahih Bukhari No. 1492 Jilid 3 Topik adalah Nabi 1492, Dari Abu Hurairah r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaanku dan orang banyak, sebagai seorang laki-laki yang menyalakan api, kemudian kupu-kupu dan binatang-binatang jatuh ke dalam api itu". Dan beliau bersabda: "Ada dua orang perempuan bersama dua orang anaknya. Lalu datang serigala, dan ditarikannya anak salah seorang di antara mereka. Kata yang satu: "Hanyalah anak engkau yang dilarikan serigala". Kata seorang: "Hanyalah anak engkau yang dilarikannya". Mereka lalu meminta pertolongan kepada Nabi Daud. Beliau memohon keputusan, bahawa anak yang tinggal itu kepunyaan perempuan yang lebih tua. Mereka lalu pergi kepada Nabi Sulaiman bin Daud, lalu diceritakannya kepadanya. Kata Sulaiman: "Bawa kemari sebilah pisau, supaya saya belah anak ini untuk kedua orang ibunya": Perempuan yang lebih muda lalu berkata, "Jangan tuan lakukan! Tuhan memberi rahmat kiranya kepada tuan! Itu anaknya!" Beliau lalu memutuskan, bahawa anak itu untuk perempuan yang muda". |