Hadis Sahih Muslim No. 1491 Jilid 3 Topik adalah JualBeli 1491. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang sewa-menyewa secara mukhabarah, muhaqalah, dan muzabanah; dan beliau melarang menjual buah-buahan sebelum dapat dimakan (sebelum tua atau masak) dan melarang melakukan jual beli kecuali dengan dinar atau dirham (wang tunai), kecuali jual-beli 'ariyah (lihat hadis no. 1487). Kata 'Atha', "Jabir menjelaskan kepada kami, adapun mukhabarah ialah menyewakan tanah gersang dengan hasil tanaman dari tanah itu; muzabanah ialah jual-beli kurma basah dengan kurma kering dengan takaran yang sama; muhaqalah ialah jual beli tanam-tanaman yang masih di pohon dengan buah/biji yang ditakar." |