Hadis Sahih Bukhari No. 1481 Jilid 3 Topik adalah Nabi 1481, Dari Nafi r.a., Abdullah bin Umar menceritakan kepadanya: Orang banyak berhenti bersama Rasulullah s.a.w. di Hijr, negeri bumi Tsamud. Mereka mengambil air dari sumur dan mencampur tepung dengan air itu. Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka supaya menumpahkan air yang diambil dari sumur itu dan memberikan tepung itu untuk makanan unta. Beliau suruh mereka mengambil air dari sumur yang airnya diminum unta. |