Hadis Sahih Bukhari No. 1477 Jilid 3 Topik adalah Nabi 1477, Dari Abdurrahman bin Abu Laila r.a., katanya: Kaab bin 'Ujrah menjumpai saya, lalu ia berkata: "Bolehkah saya hadiahkan kepada engkau satu hadiah yang saya dengar dari Nabi s.a.w"?" Jawab saya: "Ya, baiklah! Hadiahkanlah kepada saya!" Lalu ia berkata: "Kami bertanya pada Rasulullah s.a.w: "Bagaimanakah caranya salawat kepada tuan sekeluarga? Sesungguhnya Tuhan telah mengajar cara kami memberi salam". Beliau bersabda: "Bacalah: "Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi rahmat atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim! Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Wahai Tuhan! Berilah keberkatan atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia". |