Hadis Sahih Bukhari No. 1470 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1470, Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan yang Maha Tinggi berfirman: "Hai Adam!" Ia lalu menjawab: "Saya, ya Tuhan! Kebaikan di tangan Engkau!" Tuhan berfirman: "Keluarkanlah utusan ke neraka!" Kata Adam: "Siapakah utusan ke neraka itu?" Tuhan berfirman: "Seorang dari setiap seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Maka ketika itu anak kecil beruban dan yang mempunyai kandungan melahirkan kandungannya, dan engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, melainkan seksaan Tuhan amat kerasnya". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Siapakah di antara kita yang seorang itu?" Beliau bersabda: "Gembiralah kamu, kerana sesungguhnya daripada kamu seorang, dan daripada Yakjuj Makjuj seribu". Kemudian beliau bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya saya mengharapkan bahawa kamu seperempat ahli syurga". Kami lalu takbir." Beliau bersabda: "Saya mengharapkan kamu sepertiga ahli syurga". Kami lalu takbir. Beliau pun terus bersabda: "Saya mengharapkan kamu seperdua ahli syurga". Kami pun takbir. Kemudian beliau bersabda: "Kamu dalam kumpulan manusia, hanyalah sebagai sehelai rambut hitam pada kulit lembu yang putih atau sebagai rambut putih pada kulit lembu hitam ". |