Hadis Sahih Muslim No. 1469 Jilid 3 Topik adalah JualBeli 1469. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu membeli unta atau kambing yang ditahan air susunya, maka dia mempunyai dua pilihan setelah memerahnya; iaitu meneruskan jual beli atau mengembalikannya beserta segantang kurma sebagai ganti susu yang telah diperah." |