Hadis Sahih Bukhari No. 1469 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1469, Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi s.a.w. masuk ke tempatnya dalam keadaan cemas sambil bersabda: La ilaha illallah. Celaka orang Arab kerana bahaya yang sungguh telah dekat. Hari ini telah dibukakan tutup (dinding) Ya'Juj Makjuj seperti ini. Beliau melingkarkan dua ibu jari dengan jari yang lain. Saya lalu bertanya: "Hai Rasulullah! Akan binasakah kita, padahal orang-orang yang baik-baik masih ada di antara kita?" Beliau menjawab: "Ya, apabila telah banyak yang buruk!" |