Hadis Sahih Bukhari No. 1464 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1464, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan menjadikan Nabi Adam tingginya enam puluh hasta. Kemudian Tuhan berfirman: "Pergilah dan memberi salamlah kepada malaikat-malaikat itu, dan dengarkanlah mereka memberi hormat (salam) kepada engkau. Itulah kehormatan (salam) engkau dan keturunan engkau!" Nabi Adam lalu mengucapkan "Assalamu'alaikum" , (selamatlah kiranya kamu). Mereka itu lalu mengucapkan: "Assalamu'alaika warahmatullah" (kiranya engkau lebih beroleh keselamatan dan rahmat Tuhan). Mereka tambah "warahmatullah". Maka setiap orang yang masuk syurga serupa dengan Adam. Dan manusia itu sentiasa bertambah kedil sampai sekarang". |