Hadis Sahih Bukhari No. 1461 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1461, Dari 'Uqbah bin 'Amr dan Abu Masuud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangan beliau ke jurusan Yaman, sambil bersabda: "Iman, bangsa Yaman di sana. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya kekerasan dan kekasaran hati itu terdapat pada orang-orang yang berteriak-teriak dekat ekor unta (orang penghalau unta) dan timbul pengikut-pengikut syaitan pada suku Rabiaah dan Mudhar". |