Hadis Sahih Bukhari No. 1459 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1459, Dari Ibnu Umar r.a,: Bahawa ia mendengarkan Nabi s.a.w. berkhutbah di atas mimbar. Beliau bersabda: "Bunuhlah ular dan bunuhlah yang bersiring dua dan yang pontong ekor, kerana sesungguhnya keduanya merosak penglihatan dan menggugurkan kandungan". Abdullah (Ibnu Umar) berkata: Ketika saya memburu seekor ular yang hendak saya bunuh, Abu Lubabah lalu menyerukan kepada saya: "Jangan engkau bunuh ular itu!" Kata saya: "Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan supaya ular itu dibunuh". Katanya: "Sesungguhnya beliau melarang sesudah itu membunuh ular rumah, iaitu ular yang diam dalam rumah". |