Hadis Sahih Bukhari No. 1454 Jilid 3 Topik adalah Syaitan 1454, Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila hari telah malam atau telah mulai malam, laranglah anak-anakmu ke luar, kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran waktu itu. Apabila sampai waktu Isya, suruhlah mereka tidur dan tutuplah pintumu serta sebutlah nama Allah. Padamkanlah lampu dan sebutlah nama Allah, tutuplah bejanamu (tempat makanan) dan sebutlah nama Allah, biarpun engkau letakkan saja barang sesuatu di atasnya". |