Hadis Sahih Bukhari No. 1447 Jilid 3 Topik adalah Syurga 1447, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Ahli syurga memandang penghuni mahligai yang lebih tinggi dari mereka, sebagai memandang bintang yang sangat terang cahayanya yang ada di tepi langit sebelah timur atau barat, lantaran perbezaan tingkatan antara mereka". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Tentulah itu tempat Nabi-nabi, tiada akan sampai ke situ selain mereka?" Beliau bersabda: "Ya, demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Itu adalah tempat orang-orang yang percaya kepada Allah dan membenarkan Rasul-rasul". |