Hadis Sahih Muslim No. 1443 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1443. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya Sa'ad bin 'Ubadah berkata: "Seandainya aku melihat lelaki lain berduaan dengan isteriku, sungguh ku penggal dia dengan pedang tanpa maaf baginya." Maka sampailah berita itu kepada Rasulullah saw. Lalu sabda beliau, "Alangkah anehnya cemburu Sa'ad itu. Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya; dan Allah lebih cemburu pula daripada ku: Kerana cemburunya Allah, maka diharamkannya segala perbuatan keji, baik secara terang-terangan maupun yang sembunyi-sembunyi. Tidak seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah. Tidak seorang pun yang lebih meresapkan daripada Allah. Kerana itulah Dia mengutus para rasul untuk memberi khabar suka dan duka. Dan tidak seorang pun yang lebih suka kepada pujian daripada Allah, kerana itulah Dia menjadikan syurga." |