Hadis Sahih Bukhari No. 1442 Jilid 3 Topik adalah Syurga 1442, Dari Abu Hurairah r.a.: Ketika kami berada di dekat Rasulullah s.a.w beliau bersabda: "Ketika saya sedang tidur saya melihat diri saya dalam syurga. Tiba-tiba ada seorang perempuan sedang mandi di sebelah sebuah istana. Lalu saya bertanya:"Kepunyaan siapakah istana ini?" Jawabnya: "Kepunyaan Umar bin Khattab". Saya ingat akan cemburunya, lalu saya pergi membelakang. Umar lalu menangis, sambil berkata: "Hai Rasulullah! Masakan terhadap tuan saya cemburu!" |