Hadis Sahih Muslim No. 1441 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1441. Dari Muhammad r.a. katanya, dia bertanya kepada Anas bin Malik kerana dia tahu bahawa Anas adalah seorang yang pandai. Katanya: "Hilal bin Umayyah menuduh isterinya berbuat serong dengan Syarik bin Sahma'. Hilal adalah saudara seibu dengan Al Barra' bin Malik, dan orang yang pertama-tama melakukan sumpah li'an dalam Islam. Kata Anas, "Sesudah Hilal melakukan sumpah li'an di hadapan Rasulullah saw., beliau bersabda: "Cubalah perhatikan perempuan itu, jika nanti anaknya putih, berambut lurus, dan mata agak merah, tandanya bayi itu anak Hilal bin Umayyah. Tetapi jika matanya agak hitam, rambutnya keriting, dan betisnya ramping, maka anak itu adalah anaknya Syarik bin Sahma'." Kata Anas, "Kemudian aku diberitahu orang bahawa anak itu bermata hitam, berambut keriting dan berbetis ramping (iaitu anak Syarik)." |