Hadis Sahih Bukhari No. 1436 Jilid 3 Topik adalah Malaikat 1436, Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., ia bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Pernahkah terjadi suatu hari yang lebih berbahaya daripada hari peperangan Uhud?" Beliau bersabda: "Sebenarnya saya telah menemui dari kaummu bermacam-macam keadaan. Dan keadaan yang lebih pahit saya temui dari mereka, ialah pada hari 'Aqabah. Ketika saya mengemukakan permintaan kepada Ibnu 'Abdi Yalil bin 'Abdi Kulal. Ia tiada memperkenankan permintaan saya. Lalu saya berjalan menuju satu jurusan dan saya tiada sedar melainkan waktu saya sampai di Qarnis Saalib, Saya angkat kepala saya, tiba-tiba awan telah menaungi saya, dan saya memandang, tiba-tiba Jibril berada di dalamnya. Ia pun memanggil saya, seraya katanya: "Tuhan telah mendengar perkataan kaum tuan dan tolakan mereka terhadap tuan. Tuhan mengutus malaikat gunung kepada tuan, supaya tuan suruh mereka memperbuat apa yang tuan kehendaki". Malaikat gunung itu lalu memanggil saya sambil memberi salam pada saya, kemudian ia berkata: "Hai Muhammad! Terserah kepada tuan, apa yang tuan kehendaki boleh saya sepit mereka dengan dua gunung. Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak! Saya hanya mengharapkan supaya Tuhan akan melahirkan keturunan mereka, orang yang menyembah Allah semata-mata tiada mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apa pun!" |