Hadis Sahih Bukhari No. 1435 Jilid 3 Topik adalah Malaikat 1435, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat itu datang silih berganti, untuk malam dan untuk siang. Dan mereka berkumpul pada waktu solat Fajar (Subuh) dan 'Asar. Kemudian malaikat-malaikat untuk malam hari naik kepada Tuhan. Tuhan lalu bertanya kepada mereka sedang Tuhan itu Maha Tahu. Tuhan berfirman: "Sedang mengapa hambaKu kamu tinggalkan?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang solat, dan waktu kami datang kepada mereka, juga mereka sedang solat". |