Hadis Sahih Muslim No. 1433 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1433. Dari 'Abdullah bin 'Utbah r.a., katanya Subai'ah mengabarkan kepadanya, bahawa dia (Subai'ah) adalah isteri Sa'ad bin Khaulah dari suku 'Amir bin Luai. Dan Sa'ad adalah salah seorang sahabat yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia meninggal ketika Haji Wada', di saat isterinya Subai'ah sedang hamil tua. Beberapa hari setelah dia wafat, isterinya pun melahirkan. Setelah dia suci dari nifas, dia pun berhias kerana mengharap supaya dia dilamar orang. Lalu datang kepadanya Abu Sanabil bin Ba'kak (seorang dari suku Abdud Dar), katanya: "Aku melihatmu berhias diri; barangkali kamu berharap untuk kahwin lagi. Demi Allah, kamu belum boleh nikah sebelum lewat empat bulan sepuluh hari." Kata Subai'ah, "Setelah ia berkata demikian, ku kenakan bajuku, kemudian aku pergi menemui Rasulullah saw. Lalu ku tanyakan kepada beliau masalah itu. Rasulullah saw. berfatwa kepada ku, bahawa aku sudah halal kahwin setelah melahirkan anakku, bahkan beliau menyuruh ku kahwin jika aku mau." |