Hadis Sahih Bukhari No. 1432 Jilid 3 Topik adalah Malaikat 1432, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril: "Sudilah kiranya tuan mengunjungi kami lebih banyak dari yang sudah-sudah!" Kata Ibnu Abbas: Maka turunlah ayat yang ertinya: "Dan kami hanya akan turun, dengan perintah Tuhan engkau. KepunyaanNya apa yang di hadapan kami, apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara keduanya, dan bahawa Tuhan engkau itu tiada pelupa." |