Hadis Sahih Muslim No. 1431 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1431. Dari Fatimah binti Qais r.a., katanya dia ditalak (tiga) oleh suaminya pada masa Rasulullah saw., tetapi suaminya masih memberinya nafkah dengan tidak memadai. Setelah ku pertimbangkan baik-baik, aku bertekad hendak memberitahukannya kepada Rasulullah saw. Jika sekiranya aku masih berhak untuk mendapatkan nafkah dari bekas suamiku itu, akan ku ambil yang patut, dan jika aku tidak berhak lagi, aku tidak akan mengambil apa-apa daripadanya. Lalu hal itu ku katakan kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Engkau tidak berhak lagi mendapatkan nafkah dan tempat tinggal daripadanya." |