Hadis Sahih Muslim No. 1430 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1430. Dari Fatimah binti Qais r.a., katanya Abu 'Amru bin Hafash menceraikannya untuk kali ketiga. Sedangkan dia jauh di rantau. Lalu Fatimah dikiriminya jagung melalui wakilnya, tetapi Fatimah menolaknya. Wakil 'Amru berkata, "Demi Allah! Kami tidak punya kewajiban apa-apa lagi terhadap anda." Kerana itu Fatimah datang kepada Rasulullah saw. menanyakannya. Jawab beliau, "Memang, dia tidak wajib lagi memberi mu nafkah." Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh Fatimah menghabiskan masa 'iddahnya di rumah Ummu Syuraik. Tetapi kemudian beliau berkata, "Ummu Syuraik banyak tetamu, banyak dikunjungi para sahabat ku. Kerana itu pindahlah ke rumah Ibnu Ummi Maktum. Dia seorang buta. Engkau boleh bebas di sana. Setelah 'iddah mu habis, beritahulah kepada ku." Kata Fatimah, "Setelah 'iddah ku habis, lalu ku beritahukan kepada beliau bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham melamar ku." Jawab Rasulullah saw., "Abu Jaham tidak pernah meninggalkan tongkatnya (suka memukul). Sedang Mu'awiyah bin Abi Sufyan miskin. Kerana itu sebaiknya kamu kahwin dengan Usamah bin Zaid. "Aku tidak menyukainya, ya Rasulullah!" jawab Fatimah. Sabda Nabi saw., "Kahwinlah dengan Usamah!" Lalu aku nikah dengan Usamah. Maka Allah melimpahkan keberkatan bagi perkahwinan kami, sehingga aku merasa bahagia di samping Usamah." |