Hadis Sahih Muslim No. 1424 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1424. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tatkala Rasulullah saw. diperintahkan Allah supaya menyuruh para isterinya memilih cerai atau tetap, beliau mulai dengan ku. Sabda beliau, "Aku hendak memberitahukan kepada mu sesuatu yang penting. Kerana itu janganlah engkau terburu-buru menjawabnya sebelum engkau musyawarahkan dengan kedua orang tua mu." Kata Aisyah, "Beliau tahu benar, bahawa kedua orang tua ku tidak akan mengizinkan ku bercerai dengan beliau." Lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah berfirman: "Hai, Nabi! Katakanlah kepada para isteri mu, jika engkau menghendaki kehidupan dunia beserta perhiasannya, marilah ku berikan kepada mu suatu pemberian, kemudian ku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu menghendaki Allah dan RasulNya serta kampung akhirat, sesungguhnya Allah menyediakan pahala yang besar bagi siapa yang berbuat kebajikan di an tara kamu. " (Al Ahzab - 28:29). Kata Aisyah, "Apa pula yang harus ku musyawarahkan dengan kedua orang tua ku. Sudah tentu aku memilih Allah dan Rasul-Nya serta kampung akhirat." Kemudian kata 'Aisyah melanjutkan ceritanya, "Ternyata para isteri Rasulullah saw. semuanya berbuat seperti yang ku lakukan." |