Hadis Sahih Muslim No. 1423 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1423. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. suka makan manis-manisan dan madu. Bila beliau selesai solat 'Asar, biasanya beliau berkeliling ke rumah para isteri beliau dan mampir sebentar. Pada suatu kali beliau mampir di rumah Hafshah tetapi beliau agak lebih lama tinggal di situ daripada biasa. Lalu kU tanyakan kepada beliau kenapa begitu. Jawab beliau, "Hafshah diberi oleh seorang wanita keluarganya semangkok madu, lalu aku diberinya seteguk." Kata 'Aisyah, "Kami akan memperdayakan beliau. Lalu hal itu ku ceritakan kepada Saudah, dan ku katakan kepadanya, nanti bila Rasulullah saw datang ke rumah mu, maka ketika beliau mendekati mu, katakanlah kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Tentu beliau akan menjawab, "Tidak!" Lalu tanyakan lagi, "Ini bau apa?" Rasulullah saw. sangat benci kalau dia tercium bau minuman terlarang - Nanti beliau akan mengatakan kepada mu, "Aku diberi Hafshah madu seteguk." Lalu jawablah, "Barangkali lebahnya makan bunga 'urfuth," Kata 'Aisyah, "Aku akan mengatakannya begitu kepada beliau. Maka kamu katakan pulalah begitu, hai Saudah! Dan nanti kau suruh pula Shafiyah mengatakannya begitu." Maka tatkala Rasulullah saW. datang ke rumah Saudah, hampir saja, dia mengucapkan kata-kata itu ketika beliau masih berada di ambang pintu, kerana takutnya kepada 'Aisyah. Setelah beliau mendekatinya, barulah Saudah berujar, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Jawab Nabi saw. "Tidak!" Tanya Saudah, "Mulut anda bau apa ini?" Jawab beliau, "Hafshah menyuguhi ku seteguk madu." Kata Saudah, "Kalau begitu, mungkin lebahnya makan bunga 'urfuth." Kata 'Aisyah, "Ketika beliau datang ke rumah ku, aku mengatakan pula kepada beliau seperti itu." Kemudian, ketika beliau datang ke rumah Shafiyah, lalu Shafiyah mengatakan pula begitu. Maka tatkala beliau datang ke rumah Hafshah, dia bertanya: "Apakah Anda mahu minum madu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku tidak memerlukannya;" Kata 'Aisyah selanjutnya, "Kemudian Saudah mengatakan, -Maha Suci Allah! Akibatnya Allah benar-benar mengharamkannya bagi kita ' (gara-gara perbuatan kita)." Lalu ku jawab, "Tenanglah Saudah!" |