Hadis Sahih Muslim No. 1420 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1420. Dari Ibnu Thawus r.a., dari bapanya, katanya Abu Shahba' bertanya kepada Ibnu 'Abbas r.a., "Tahukah anda bahawa talak tiga yang diucapkan sekaligus, pada masa Rasulullah saw. dihukumkan hanya jatuh satu kali, begitu pula pada masa pemerintahan Abu Bakar. Kemudian pada masa pemerintahan 'Umar dinyatakan jatuh tiga kali?" Jawab Ibnu 'Abbas r.a., "Ya, benar begitu!" |