Hadis Sahih Bukhari No. 1419 Jilid 3 Topik adalah Yahudi 1419, Dari 'Imran bin Hushaill r.a., katanya: Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. dan saya tambatkan unta saya di pintu. Kemudian datang rombongan dari Bani Tamim mengadap beliau. Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, hai Bani Tamim!" Mereka berkata: "Tuan telah memberi khabar gembira pada kami, maka berilah kami harta dua kali lipat!" Sesudah itu masuk ke tempat beliau rombongan dari Yaman. Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, yang tidak diterima oleh Bani Tamim, hai penduduk Yaman!" Mereka itu berkata: "Kami terima, hai Rasulullah" Mereka berkata lagi: "Kami datang kepada tuan hendak menanyakan hal ini (alam)". Beliau bersabda: "Tuhan telah ada, dan belum ada sesuatu selainNya dan 'ArsyNya di atas air. Tuhan menuliskan segala sesuatu selainNya di dalam buku peringatan, dan diciptakanNya langit dan bumi". Ada seseorang yang berteriak: "Unta engkau telah pergi, hai Ibnu Hushain!" Lalu saya berjalan kebetulan unta itu telah melampaui fatamorgana (telah jauh). Demi Allah! Saya ingin kalau unta itu saya biarkan saja pergi! |