Hadis Sahih Muslim No. 1418 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1418. Dari Nafi' r.a., katanya: "Bahwasanya Ibnu 'Umar r.a. pernah mentalak isterinya ketika sedang haid. Lalu ditanyakan hukumnya oleh 'Umar kepada Nabi saw Rasulullah saw. memerintahkan supaya Ibnu 'Umar ruju', kemudian menunggunya sampai haid lagi, dan setelah itu suci kembali. Sesudah itu barulah dia boleh mentalaknya sebelum menyetubuhinya. Itulah yang disebut 'iddah yang diperintahkan Allah supaya mentalak perempuan pada waktu suci. Kata Nafi', "Ketika Ibnu 'Umar ditanya mengenai seorang lelaki yang mentalak isterinya ketika haid, Ibnu 'Umar menjawab, jika engkau mentalaknya satu atau dua kali, Rasulullah saw. memerintahkan supaya ruju', kemudian harus menunggu perempuan itu haid lagi sampai dia suci kembali. Sesudah itu barulah dia boleh mentalaknya sebelum mereka bersenggama kembali. Jika dia engkau talak tiga, bererti engkau mendurhakai Tuhan mu mengenai perintah talak. Dan engkau benar-benar telah putus hubunganmu dengan bekas isteri mu (talak bain)." |