Hadis Sahih Muslim No. 1417 Jilid 3 Topik adalah Cerai 1417. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya dia pernah mentalak isterinya di masa Rasulullah saw., ketika isterinya sedang haid. Lalu Umar bin Khaththab menanyakan hukum kes tersebut kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Suruh dia ruju' (kembali kepada isterinya) kemudian tunggulah sampai dia suci, sesudah itu dia haid lagi, kemudian suci kembali. Pada saat suci kedua itulah dia boleh memilih apakah dia akan tetap berpasangan atau bercerai, iaitu sebelum melakukan persenggamaan lagi. Dan itulah yang dimaksud dengan 'iddah, yang diperintahkan Allah' Azza wa Jalla menerapkannya." |